AHLAN WASAHLAN ~ SELAMAT DATANG ~ WELCOME

Friday, June 17, 2011

Beribu sesalan...=)

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Monday, June 13, 2011

KOLEKSI ANIMASIKU...

  • Salah satu task dalam subjek animasi. 3 saat jer... tu pon jenuh nak buat....



Sunday, June 12, 2011

ANIMASIKU,,,



Waktu sem 4 pengajianku di UPSI, aku mengambil satu cabaran tuk menghasilkan animasi sebagai pengayaan diri dlm pendidikanku sendiri. Kebanyakannya dalam pembelajaran aku adalah teori. yelah... aku pon amik bidang bahasa... jadi mmg teori jela. So, aku pon ngambil keputusan tuk menimba sedikit kemahiran. Aku pon memilih la animasi. Wat katon.. perrhhh.. best wei.. pengalaman sgt2. aku pon mencabar diriku sendiri bahawa aku boleh buat. Seriesly mmg susah... dari 2 jam kredit, cam subjek 6 jam kredit ooo... xtido malam aku menghasilkan projek yang pensyarah mahukan.
Jadi, inilah hasil animasiku yg x seberapa... but aku puas hati ngn apa yang aku lakukan. hasil kerja aku sendiri. video ni sebenarnya dah terlebih minit. Asalnya lecturer just want 1 minute. tp, ni dah terlebih sikit.. but lect ckp, its ok and boleh diterima. Alhamdulilaahh...
Kebanyak subjek pengayaan diri yang len xda final exam. but aku, tgk2 ada final plak 40%... mmg kena lagi struggle lah aku. bukan senang nak wat kartun. prinsip2nya.. kaedah2nya... banyak taw... nak menghasilkannya lagi,, lagi la susah, mengambil masa yang lama...
Apabila result kluar tuk sem 4, alhamdulillah ,,,, usaha aku berbaloi. akhirnya A untuk Animasi. yippiiii.....


coklat yang aku hasilkan....=)

Hari ni aku buat coklat nih.. rasa seronok pulak.... aku dapat dalam 140 biji semua... aku ada wat jualan kat warung d'liku milik mak abah aku... datanglah kalu nak merasainyaa... hehe....

Friday, June 10, 2011

Sekadar perkongsian ilmu: Kenali coklat...

Selepas menjalani kursus hand made chocolate dari LKM, barulah aku mengetahui apakah perbezaan coklat. Dulu yg duk taw coklat putih coklat hitam... sekarang marilah berkongsi sedikit ilmu ngn aku. ok.. sebenarnya coklat ni ada 2 jenis:

1- real chocolate ( coklat tulen )
2- compound chocolate

Apa perbezaannya kedua2 jenis coklat ni??

meh segamit lalu kita mengetahui...bahawa the real chocolate adalah yang menggunakan lemak koko yg sebenar. Dan compound plak, dia menggunakan lemak sayuran ataupon lemak sawit. haaa... sbb tulah kalu kita pergi ke pasaraya utk beli coklat , ada yg harganya mahal... dan ada yg murah.. kenapa begitu??? itulah jawapannya... the real coklat adalah mahal harganya berbanding yg menggunakan lemak sayuran tadi... tetapi the real coklat sgt baik untuk badan kita.
klu pergi nak beli coklat tu, tgklah dulu kt dia punya ingredien tu... tgk dia lemak koko atau lemak yg lain.. if tertulis lemak koko. yes, tu lah real coklat. so, konfirm2lah harga dia mahal. tp ingt lah bahawa real coklat better than compound coklat.

coklat ni juga ada tiga jenis...

1- dark chocolate (coklat gelap)
coklat ni dikenali sebagai plain coklat... rasanya pahit manis but so nice. coklat tanpa susu ini mengandungi gula, likur koko, lemak koko, lesitin soya dan bhn perisa jenis vanilin. coklat gelap yg real coklat sebenarnya adalah yang paling bgus dan ia juga boleh merawat. walaupon seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, diabetes,, dia boleh mkn chocolate ni.

2- milk chocolate (coklat susu)
coklat paling orang sukalah... sbb dia manis dan sedap. coklat ni mempunyai gula, pepejal susu, pes koko, lemak koko, lesitin soya dan perisa. kandungan lemak dalam coklat susu lebih tggi drpd coklat gelap. sbb tu coklat gelap sgt bgus.

3- white chocolate (coklat putih)
Pembuatan coklat putih tidak menggunakan sebarang likur atau pes koko. coklat ni hanyalah menggunakan lemak koko, susu tepung, gula dan perisa yang lain. kebanyakannya digunakan utk hiasan je lah.

lagi perbezaan real and compound chocolate...

kalau real coklat, kita makan dia akn cepat cair dlm mulut.. tidak cepat cair di tangan...
tetapi kalau compound, dia cepat cair di tgan, dan lambat cair dalam mulut.

real coklat mudah dicairkan,
tetapi compound pulak agak lambat sedikit.

real coklat sedap dimakan,
tetapi compaun coklat melekat di langit2 mulut.

real coklat agak cerewet untuk disediakan,
tetapi, compound coklat mudah dan cepat disediakan.

Setakat itu saja perkongsian kali ni. nanti aku kongsi lagi ilmu tentang coklat... hehe... thanks sebab membaca. =)

Thursday, June 9, 2011

KURSUS ASAS COKLAT PEMBUATAN TANGAN DRPD LEMBAGA KOKO MALAYSIA (LKM)



Sekalung tahniah dah penghargaan diucapkan kepada Lembaga Koko Malaysia kerana datang ke kampung wang besar bg menjayakan kursus...
...huiii...best xyah nak cakap la. sbb aku sendiri sangat suka mkn coklat.. ni plak dpt buat sendiri dah pasni.. tahniah lah kepada penduduk kampung wang besar yg dpt meluangkan masa untuk kursus ni... mesti raya nti geng kampung wang besar wat coklat ja.. maklumlah xpyh guna avon. senang la... hehe...
Alhamdulillah cuti sem ni dpt dimanfaatkan dengan ilmu yg bukan dalam bidangku sebenarnya.. tetapi minat tu ada. hehe.... disini aku nk kongsikan sedikit gambar2 kursus tadi...



coklat yang dihasilkan....