AHLAN WASAHLAN ~ SELAMAT DATANG ~ WELCOME

Friday, June 10, 2011

Sekadar perkongsian ilmu: Kenali coklat...

Selepas menjalani kursus hand made chocolate dari LKM, barulah aku mengetahui apakah perbezaan coklat. Dulu yg duk taw coklat putih coklat hitam... sekarang marilah berkongsi sedikit ilmu ngn aku. ok.. sebenarnya coklat ni ada 2 jenis:

1- real chocolate ( coklat tulen )
2- compound chocolate

Apa perbezaannya kedua2 jenis coklat ni??

meh segamit lalu kita mengetahui...bahawa the real chocolate adalah yang menggunakan lemak koko yg sebenar. Dan compound plak, dia menggunakan lemak sayuran ataupon lemak sawit. haaa... sbb tulah kalu kita pergi ke pasaraya utk beli coklat , ada yg harganya mahal... dan ada yg murah.. kenapa begitu??? itulah jawapannya... the real coklat adalah mahal harganya berbanding yg menggunakan lemak sayuran tadi... tetapi the real coklat sgt baik untuk badan kita.
klu pergi nak beli coklat tu, tgklah dulu kt dia punya ingredien tu... tgk dia lemak koko atau lemak yg lain.. if tertulis lemak koko. yes, tu lah real coklat. so, konfirm2lah harga dia mahal. tp ingt lah bahawa real coklat better than compound coklat.

coklat ni juga ada tiga jenis...

1- dark chocolate (coklat gelap)
coklat ni dikenali sebagai plain coklat... rasanya pahit manis but so nice. coklat tanpa susu ini mengandungi gula, likur koko, lemak koko, lesitin soya dan bhn perisa jenis vanilin. coklat gelap yg real coklat sebenarnya adalah yang paling bgus dan ia juga boleh merawat. walaupon seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, diabetes,, dia boleh mkn chocolate ni.

2- milk chocolate (coklat susu)
coklat paling orang sukalah... sbb dia manis dan sedap. coklat ni mempunyai gula, pepejal susu, pes koko, lemak koko, lesitin soya dan perisa. kandungan lemak dalam coklat susu lebih tggi drpd coklat gelap. sbb tu coklat gelap sgt bgus.

3- white chocolate (coklat putih)
Pembuatan coklat putih tidak menggunakan sebarang likur atau pes koko. coklat ni hanyalah menggunakan lemak koko, susu tepung, gula dan perisa yang lain. kebanyakannya digunakan utk hiasan je lah.

lagi perbezaan real and compound chocolate...

kalau real coklat, kita makan dia akn cepat cair dlm mulut.. tidak cepat cair di tangan...
tetapi kalau compound, dia cepat cair di tgan, dan lambat cair dalam mulut.

real coklat mudah dicairkan,
tetapi compound pulak agak lambat sedikit.

real coklat sedap dimakan,
tetapi compaun coklat melekat di langit2 mulut.

real coklat agak cerewet untuk disediakan,
tetapi, compound coklat mudah dan cepat disediakan.

Setakat itu saja perkongsian kali ni. nanti aku kongsi lagi ilmu tentang coklat... hehe... thanks sebab membaca. =)

No comments:

Post a Comment